Manusia menggunakan
pelbagai alasan dalam menggunakan internet
seperti komunikasi, pembangunan dan penyelidikan, perbankan dan
pelaburan, perdagangan atas talian, organisasi informasi, peribadi, hiburan,
berkongsi maklumat aplikasi web, muat
turun video, emel, berbual secara dalam talian (chatting) dan lain-lain.
Pembekal perkhidmatan internet merujuk kepada
organisasi yang membekalkan pengguna dengan capaian internet dan
khidmat-khidmat yang berkaitan. Pada awalnya, pembekal perkhidmatan
Internet merupakan syarikat telefon.
Kini, sesiapa sahaja yang mempunyai wang dan kepakaran boleh melakukannya. Di
Malaysia, terdapat beberapa ISP yang menyediakan perkhidmatan
internet kepada pengguna. Antaranya ialah TMNet, Jaring, Maxis, Celcom, Digi,
P1WiMax dan Yes.